Mastery Al-Quran

School Holidays

PROGRAM

Full Program

  1. PENGENALAN

Program Mastery Al-Quran adalah satu program pembangunan pendidikan Al-Quran yang bertujuan meningkatkan kualiti bacaan, hafazan dan penguasaan ilmu Al-Quran dalam kalangan guru dan pelajar AlQuran ( dewasa ) dimana mereka yang telah mengikuti pengajian atau kelas AlQuran dan telah Mahir atau separa mahir. Program ini memberi peluang kepada golongan ini untuk memiliki pengiktirafan antarabangsa melalui sanad dan sijil Al-Quran..IICOE & RS akan melaksanakan kelas intensif di Malaysia selama 3 – 6 bulan ( mengikut tahap ) kemudian pelajar akan mengikuti program lanjutan khas di Makkah Al Mukarramah untuk pemantapan akhir serta penilaian sebelum diberikan sijil Mastery Al Quran oleh IICOE dan Pihak Masjidil Haram sebagai satu bentuk pengiktirafan dari badan antarabangsa kepada guru dan pelajar Al Quran di seluruh Malaysia.

 2. LATAR BELAKANG

Dalam era globalisasi, guru dan pelajar AlQuran perlu memiliki penguasaan bacaan yang mantap, pemahaman ayat serta pengiktirafan bertaraf antarabangsa. Melalui program ini, IICOE berperanan sebagai pusat kecemerlangan dengan program pembangunan Al-Quran bertaraf global bagi melahirkan tenaga pengajar alquran yang mendapat pengiktirafan dari luar negara.

3. OBJEKTIF PROGRAM

  1. Melahirkan tenaga pengajar AlQuran yang mahir membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul,lahjah Arab,fasahah serta makhraj huruf yang tepat.
  2. Meningkatkan kualiti bacaan dan hafazan Al-Quran.
  3. Memberi peluang mendapatkan sanad Al-Quran supaya dapat disebarkan ke generasi seterusnya.
  4. Membina jaringan pendidikan Al-Quran di peringkat antarabangsa.
  5. Wadah penghubung antara Maahad dan Masyarakat sekitar.
  6. Maahad mempunyai alumni dikalangan pelajar program Mastery AlQuran.
  7. Salah satu cara penjanaan ekonomi Maahad.
  • STRUKTUR PROGRAM
BILMODULTEMPOHLOKASICATATAN
1  Modul 1 – Tahsin Al-Quran Pembetulan bacaan Al-Quran Makhrajj huruf Sifat huruf      4-6 BULAN    MALAYSIA* 
2Modul 2 – Penguasaan Tajwid Hukum tajwid praktikal Kaedah bacaan bertajwid Latihan intensif      4-6 BULAN  MALAYSIA 
3Modul 3 – Mastery Hafazan Teknik hafazan cepat Sistem murajaah profesional Pengukuhan hafazan ( KategoriTahfiz )      4-6 BULAN    MALAYSIA 
    4Modul 4 – Talaqqi & Sanad Talaqqi bersama guru bersanad Semakan bacaan Persediaan sanad Al-Quran      10-30 HARI    MAKKAH 
    5Modul 5 – Tadabbur Al-Quran Pemahaman ayat Penghayatan Al-Quran Aplikasi ayat dalam kehidupan    4-6 BULAN    MALAYSIA/ MAKKAH 

5. SASARAN PROGRAM

 Program ini terbuka kepada:

  1.  Pelajar Maahad Tahfiz dan Sekolah agama.
  2. Guru Al-Quran dan Individu yang ingin meningkatkan penguasaan Al-Quran.

6. TEMPOH PROGRAM

 Cadangan tempoh: Program Intensif : 4 bulan Program Lengkap : 7 bulan

7. PENGIKTIRAFAN

Peserta yang berjaya menamatkan program akan menerima:

 Sijil Mastery Al-Quran dari IICOE dan Maahad ( RS )

 Peluang mengikuti Program Sanad Al-Quran.

 Sijil Al Quran & Tahfiz antarabangsa ( Masjidil Haram )

8. KERJASAMA STRATEGIK

Melalui program ini, maahad tahfiz boleh menjadi Rakan Strategik IICOE untuk:

Menjalankan program Mastery Al-Quran Meningkatkan pencapaian pelajar Membuka peluang program antarabangsa.

  • STRUKTUR YURAN

Yuran pelajar: RM300 sebulan

  1. JUMLAH SESI DAN MASA
Sesi3 kali seminggu
grup2 grup seminggu
Jumlah Pelajar20 orang 1 grup
Masa setiap sesi2 – 3 Jam

11.TINDAKAN

BILPERKARATARIKHCATATAN
1LIBAT URUS RS YANG TERLIBAT30MAC – 2 APRIL 2026RESPON DAN SURAT PERSETUJUAN PENYERTAANPERBINCANGAN DI BUKA.SEBARANG USUL BOLEH EMAIL iicoe.info@gmail.com
2PROMOSI & PENDAFTARAN3-13 APRIL 2026AKAN DILAKSANAKAN BERSAMA.PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DI IICOE KEMUDIAN PELAJAR AKAN PERGI KE MAAHAD YANG BERHAMPIRAN.ATAU TERUS DAFTAR DI MAAHAD.BORANG PENDAFTARAAN OLEH IICOE – DISERAHKAN SATU SALINAN KE IICOE.YURAN DIBAYAR KE AKAUN IICOE.
3KELAS BERMULA15 APRIL 2026 

12.MASTERY FAST TRACK.

Bagi golongan yang telah mahir membaca al AQuran, Mastery Fast Track ( MFT ) adalah laluan bagi mereka untuk menyertai sesi penilaian sahaja samada hafazan ataupun bacaan.Penilaian akan dibuat secara dalam Talian.( online )

14. KAEDAH PENILAIAN MASTERY

A ) Offline.

Calon akan ke Makkah bagi mengikuti program lanjutan dan sesi penialaian.

B ) Online.

Calon akan dinilai menerusi dalam talian ( online )

13. PENUTUP

 Diharapkan program ini dapat membantu melahirkan generasi AlQuran & huffaz yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Bersama kita menjadi pelopor dan jambatan kepada kecemerlangan dan pengiktirafan Al Quran diperingkat Antarabangsa ,khususnya dari Masjidil Haram.

Mudah Mudahan memberi manfaat kepada Masyarakat dan usaha ini peroleh keberkatan serta bantuan Allah Subhanahu wataala.

PROGRAM

Fast Track

Bagi golongan yang telah mahir membaca al AQuran, Mastery (Fast Track ) adalah laluan bagi mereka untuk menyertai sesi penilaian sahaja samada hafazan ataupun bacaan.Penilaian akan dibuat secara dalam Talian.( online )

SIJIL TAHFIZ  ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH ) 1441H/2020M            – ONLINE

Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram (STMH) ini adalah salah satu program yang terdapat di dalam Mastery sebagai satu peluang bagi para huffaz yang sedang atau  telah tamat menghafaz Al Quran mendapatkan Sijil Khatam AlQuran dari Institusi antarabangsa.


Individu yang sedang atau telah menghafal 5 – 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak Masjidil Haram.

Ujian akan diadakan secara dalam talian.

Syarat syarat umum penyertaan :

  • Membuat pendaftaran
  • Wajib mengikut Seminar/Webinar Mastery IICOE.
  • Yuran Seminar/Webinar.
  • Ingatan yang kuat.( setiap tahap kategori ).
  • Telah menjalani latihan dan ujian menjawab soalan.
  • Bersedia menjawab dari mana- mana bahagian ayat Al Quran.
  • Tiada had umur.


Maklumat Ujian

KAEDAH UJIANLISAN
JUMLAH SOALAN3
KATEGORI ( PILIHAN )5/10/20/30 JUZU
UJIAN PADAAkan dimaklumkan

Kategori Ujian

TAHAPJUZU
11 – 5
21 – 10
31 20
41 – 30

Mengapa perlu memiliki  Sijil Tahfiz AlQuran  Masjidil Haram.

  1. Mendapatkan pengiktirafan  hafazan dari Luar Negara( Antarabangsa ).
  2. Motivasi untuk menguatkan ingatan AlQuran.
  3. Dokumen sokongan melanjutkan pelajaran.
  4. Sokongan dari Institusi yang dikenali dunia.

PERHATIAN : UJIAN ADALAH PERCUMA ,CALON HANYA PERLU MEMBAYAR YURAN SEMINAR/WEBINAR SAHAJA.

Sesi Ujian Sijil Tahfiz AlQuran Masjidil Haram  di Makkah AlMukarramah.

Sesi Ujian Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram ( Dalam Talian )

SIJIL TAHFIZ ALQURAN MASJIDIL HARAM

Mastery of Reading

(Halaqah)

Mastery of Memorizing

(Tahfiz)

Mastery of Tadabbur

Mastery of Qiraat

Mastery of Tajweed