PROGRAM

International Huffaz Village Camp 2026

1.0 PENGENALAN

Program International Huffaz Village Camp 2026 merupakan sebuah program perkampungan huffaz selama 4 hari 3 malam yang menghimpunkan para pelajar tahfiz dalam suasana pembelajaran dan tarbiah yang santai serta berimpak tinggi. Program ini bertujuan memperkukuh hafazan Al-Quran, membina ukhuwah sesama huffaz serta membentuk sahsiah dan kepimpinan pelajar melalui pelbagai aktiviti ilmiah dan rekreasi.

Program ini akan diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam, sebuah lokasi yang sesuai untuk aktiviti luar dan pembangunan jati diri pelajar.

Keistimewaan program ini adalah para peserta berpeluang menduduki ujian hafazan antarabangsa ( online ) dan menerima Sijil Tahfiz Al-Quran Masjidil Haram sebagai pengiktirafan pencapaian hafazan mereka.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Institusi tahfiz memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja kuat hafazan bahkan mempunyai kemahiran kepimpinan, disiplin serta kekuatan
fizikal dan mental. Seiring dengan perkembangan pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa, program International Huffaz Village Camp diwujudkan bagi menyediakan platform kepada pelajar tahfiz untuk:

  1. Mengukuhkan hafazan Al-Quran
  2. Mengasah kemahiran berfikir melalui kuiz Al-Quran
  3. Membina semangat kerjasama dan kepimpinan
  4. Mengimbangi pembangunan rohani dan fizikal.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memantapkan hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz.
  2. Melahirkan huffaz yang seimbang dari segi spiritual, mental dan fizikal.Mengukuhkan ukhuwah antara pelajar tahfiz dari pelbagai institusi.
  3. Memberi pengalaman pembelajaran Al-Quran dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.
  4. Pendedahan kepada budaya tradisional warisan bangsa.
  5. Merasai pengalaman menginap di rumah Tradisional Melayu.
  6. Memberikan pengiktirafan melalui Sijil Tahfiz Al-Quran Masjidil Haram.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program: International Huffaz Village Camp 2026
Tempoh: 4 Hari 3 Malam
Tempat: Taman Botani Negara Shah Alam

Sasaran Peserta:

  1. Pelajar Maahad Tahfiz
  2. Pelajar institusi pendidikan Islam
  3. Huffaz dan pelajar yang sedang menghafaz Al-Quran
  4. Pelajar Tahfiz dari luar negara.

Anggaran Peserta: 100 orang

5.0 PENGISIAN PROGRAM

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program:

Bil.AktivitiPengisian
1.Pemantapan HafazanTasmi’ Al-Quran
Murajaah berkumpulan
Keyakinan menjawab soalan
Bengkel teknik hafazan pantas ( KILAT )
2.Aktiviti IlmiahKuiz Al-Quran
Liga hafazan
Tadabbur ayat pilihan
Motivasi Huffaz
Bengkel Bahasa
3.Aktiviti Rekreasi & KepimpinanSukaneka
Flying Fox
Berkayak
Memanah
Explorace Huffaz
Aktiviti pembinaan pasukan (team
building)
4.Aktiviti KerohanianQiamullail
Tazkirah
Majlis Khatam Al-Quran

6.0 KEISTIMEWAAN PROGRAM

Peserta yang menyertai program ini akan menerima:

  1. Sijil Penyertaan International Huffaz Village Camp
  2. Sijil Tahfiz Al-Quran Masjidil Haram
  3. Pengalaman perkhemahan huffaz bertaraf antarabangsa
  4. Aktiviti pembangunan diri dan kepimpinan
  5. Membina jaringan dan hubungan dikalangan peserta di dalam dan luar negara.

7.0 SASARAN HASIL PROGRAM

Peserta yang menyertai program ini akan menerima:

  1. Menguatkan hafazan Al-Quran dengan lebih sistematik
  2. Meningkatkan keyakinan diri sebagai huffaz
  3. Membina ukhuwah dan jaringan antara maahad tahfiz
  4. Menjadi generasi Al-Quran yang aktif dan berwibawa

8.0 UJIAN

Ujian Pensijilan Tahfiz Masjidil Haram akan di buat pada bulan September sebelum program
secara dalam talian. Peserta akan di soal dengan 3 soalan.

Tahap Ujian

TAHAPUJIAN
11-5
21-10
31-20
41-30

Peserta bebas memilih tahap ujian yang ingin disertai. Jadual ujian akan dimaklumkan.

MODUL RINGKAS INTERNATIONAL HUFFAZ VILLAGE
Modul 1:

MODULNAMATUJUANAKTIVITI
1.Pemantapan HafazanMenguatkan
hafazan peserta.
Tasmi’ bersama musyrif
Murajaah berkumpulan
Teknik hafazan pantas
2.Kefahaman Al-QuranMemberi
kefahaman ayat
Al-Quran.
Tadabbur ayat pilihan
Kuiz Al-Quran
Diskusi kumpulan
3.Kepimpinan HuffazMelahirkan huffaz
yang
berkeyakinan.
Team building
Explorace Huffaz
Simulasi kepimpinan
4.Pembangunan FizikalMembina
ketahanan fizikal
dan mental.
Berkayak
Flying Fox
Sukaneka
5.Pengukuhan RohaniMembina
kekuatan spiritual.
Qiamullail
Tazkirah
Majlis Khatam Al-Quran

9.0 PENUTUP

Program International Huffaz Village Camp diharapkan dapat menjadi satu platform
pembangunan huffaz yang menyeluruh, menggabungkan elemen ilmu, tarbiah, ukhuwah
dan rekreasi. Dengan sokongan semua pihak, program ini mampu melahirkan generasi
huffaz yang berkualiti serta memberi impak besar kepada perkembangan pendidikan Al
Quran di peringkat tempatan dan antarabangsa.

TENTATIF PROGRAM

 

PENYERTAAN PESERTA

HARIMASAAKTIVITICATATAN
1.8.00 pagi – 10.00 pagi
10.00 pagi – 10.30 pagi
10.30 pagi – 12.30 tengah
hari
12.30 tengah hari – 2.30
petang
2.30 petang – 4.30 petang
4.30 petang – 6.00 petang
6.30 petang – 8.30 malam
8.30 malam – 10.30
malam
10.30 malam
Pendaftaran Peserta
Taklimat Program &
Pembahagian Kumpulan
Slot 1: Pemantapan Hafazan
(Tasmi’ & Murajaah)
Solat Zohor & Makan Tengah
Hari
Ice Breaking & Team Building
Aktiviti Sukaneka Huffaz
Makan malam ,
Solat Maghrib, Bacaan Al
Quran & Tazkirah
Motivasi Huffaz: “Kehebatan
Generasi Al-Quran”
Rehat
2.5.00 pagi – 6.30 pagi
6.30 pagi – 7.30 pagi
8.00 pagi – 10.00 pagi
10.00 pagi – 12.00 tengah
hari
12.30 tengah hari – 2.30
petang
2.30 petang – 5.30 petang
6.30 petang – 8.30 malam
8.30 malam – 10.00
malam
10.30 malam
Qiamullail & Subuh Berjemaah
Senaman Pagi,sarapan
Slot 2: Bengkel Teknik Hafazan
Al-Quran
Kuiz
Solat Zohor & Makan Tengah
Hari
Aktiviti Rekreasi
Berkayak/Flying Fox
Makan malamSolat Maghrib &
Tadabbur Al-Quran
Forum Huffaz/Motivasi
Rehat
3.5.00 pagi – 6.30 pagi
7.00 pagi – 8.00 pagi
8.30 pagi – 10.30 pagi
10.30 pagi – 12.00 tengah
hari
12.30 tengah hari – 2.30
petang
2.30 petang – 5.30 petang
6.30 petang – 8.30 malam
8.30 malam – 10.30
malam
Qiamullail & Subuh Berjemaah
Riadhah Pagi,sarapan
Slot 3: Pemantapan Hafazan
(Tasmi’ Berkumpulan)
Explorace Huffaz
Solat Zohor & Makan Tengah
Hari
Aktiviti Kepimpinan Huffaz
Makan malam ,Solat Maghrib
& Tazkirah
Malam Kebudayaan Huffaz
4.5.30 pagi – 7.00 pagi
7.30 pagi – 9.00 pagi
9.00 pagi – 10.30 pagi
10.30 pagi – 12.00 tengah
hari
12.00 tengah hari
Qiamullail ,subuh & sarapan
Slot Murajaah Akhir
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Penutup ,Penyampaian
& Sijil
Bersurai

Yuran penyertaan ( seorang ):

Rakan StrategikBiasaAntarabangsa
RM 850.00RM 90.00USD 300
  • Program antarabangsa.
  • Menawarkan 2 sijil.
  • Penyertaan peserta luar negara.

Peserta akan menerima:

  1. Kit peserta ( bag, baju t shirt, lanyard, tag nama )
  2. Penginapan
  3. Makan minum sepanjang program
  4. Aktiviti rekreasi
  5. Sijil Penyertaan Program
  6. Sijil Tahfiz Masjidil Haram ( PERCUMA )

Penginapan Peserta.

Peserta akan merasai pengalaman suasana kamping tradisional dimana rumah rumah penginapan bercirikan senibina tradisional negeri- negeri Melayu. Seakan berada di kampung halaman yang akan memberikan pembelajaran dan kesedaran betapa tinggi nilai budaya bangsa Melayu.
Bagi peserta antarabangsa pula dapat mendedahkan kepada budaya Melayu terutama senibina warisan zaman dahulu.

Akan Datang!

Ziarah Mahabbah