PROGRAM
Full Program
- PENGENALAN
Program Mastery Al-Quran adalah satu program pembangunan pendidikan Al-Quran yang bertujuan meningkatkan kualiti bacaan, hafazan dan penguasaan ilmu Al-Quran dalam kalangan guru dan pelajar AlQuran ( dewasa ) dimana mereka yang telah mengikuti pengajian atau kelas AlQuran dan telah Mahir atau separa mahir. Program ini memberi peluang kepada golongan ini untuk memiliki pengiktirafan antarabangsa melalui sanad dan sijil Al-Quran..IICOE & RS akan melaksanakan kelas intensif di Malaysia selama 3 – 6 bulan ( mengikut tahap ) kemudian pelajar akan mengikuti program lanjutan khas di Makkah Al Mukarramah untuk pemantapan akhir serta penilaian sebelum diberikan sijil Mastery Al Quran oleh IICOE dan Pihak Masjidil Haram sebagai satu bentuk pengiktirafan dari badan antarabangsa kepada guru dan pelajar Al Quran di seluruh Malaysia.
2. LATAR BELAKANG
Dalam era globalisasi, guru dan pelajar AlQuran perlu memiliki penguasaan bacaan yang mantap, pemahaman ayat serta pengiktirafan bertaraf antarabangsa. Melalui program ini, IICOE berperanan sebagai pusat kecemerlangan dengan program pembangunan Al-Quran bertaraf global bagi melahirkan tenaga pengajar alquran yang mendapat pengiktirafan dari luar negara.
3. OBJEKTIF PROGRAM
- Melahirkan tenaga pengajar AlQuran yang mahir membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul,lahjah Arab,fasahah serta makhraj huruf yang tepat.
- Meningkatkan kualiti bacaan dan hafazan Al-Quran.
- Memberi peluang mendapatkan sanad Al-Quran supaya dapat disebarkan ke generasi seterusnya.
- Membina jaringan pendidikan Al-Quran di peringkat antarabangsa.
- Wadah penghubung antara Maahad dan Masyarakat sekitar.
- Maahad mempunyai alumni dikalangan pelajar program Mastery AlQuran.
- Salah satu cara penjanaan ekonomi Maahad.
- STRUKTUR PROGRAM
| BIL | MODUL | TEMPOH | LOKASI | CATATAN |
| 1 | Modul 1 – Tahsin Al-Quran Pembetulan bacaan Al-Quran Makhrajj huruf Sifat huruf | 4-6 BULAN | MALAYSIA* | |
| 2 | Modul 2 – Penguasaan Tajwid Hukum tajwid praktikal Kaedah bacaan bertajwid Latihan intensif | 4-6 BULAN | MALAYSIA | |
| 3 | Modul 3 – Mastery Hafazan Teknik hafazan cepat Sistem murajaah profesional Pengukuhan hafazan ( KategoriTahfiz ) | 4-6 BULAN | MALAYSIA | |
| 4 | Modul 4 – Talaqqi & Sanad Talaqqi bersama guru bersanad Semakan bacaan Persediaan sanad Al-Quran | 10-30 HARI | MAKKAH | |
| 5 | Modul 5 – Tadabbur Al-Quran Pemahaman ayat Penghayatan Al-Quran Aplikasi ayat dalam kehidupan | 4-6 BULAN | MALAYSIA/ MAKKAH |
5. SASARAN PROGRAM
Program ini terbuka kepada:
- Pelajar Maahad Tahfiz dan Sekolah agama.
- Guru Al-Quran dan Individu yang ingin meningkatkan penguasaan Al-Quran.
6. TEMPOH PROGRAM
Cadangan tempoh: Program Intensif : 4 bulan Program Lengkap : 7 bulan
7. PENGIKTIRAFAN
Peserta yang berjaya menamatkan program akan menerima:
Sijil Mastery Al-Quran dari IICOE dan Maahad ( RS )
Peluang mengikuti Program Sanad Al-Quran.
Sijil Al Quran & Tahfiz antarabangsa ( Masjidil Haram )
8. KERJASAMA STRATEGIK
Melalui program ini, maahad tahfiz boleh menjadi Rakan Strategik IICOE untuk:
Menjalankan program Mastery Al-Quran Meningkatkan pencapaian pelajar Membuka peluang program antarabangsa.
- STRUKTUR YURAN
Yuran pelajar: RM300 sebulan
- JUMLAH SESI DAN MASA
| Sesi | 3 kali seminggu |
| grup | 2 grup seminggu |
| Jumlah Pelajar | 20 orang 1 grup |
| Masa setiap sesi | 2 – 3 Jam |
11.TINDAKAN
| BIL | PERKARA | TARIKH | CATATAN |
| 1 | LIBAT URUS RS YANG TERLIBAT | 30MAC – 2 APRIL 2026 | RESPON DAN SURAT PERSETUJUAN PENYERTAANPERBINCANGAN DI BUKA.SEBARANG USUL BOLEH EMAIL iicoe.info@gmail.com |
| 2 | PROMOSI & PENDAFTARAN | 3-13 APRIL 2026 | AKAN DILAKSANAKAN BERSAMA.PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DI IICOE KEMUDIAN PELAJAR AKAN PERGI KE MAAHAD YANG BERHAMPIRAN.ATAU TERUS DAFTAR DI MAAHAD.BORANG PENDAFTARAAN OLEH IICOE – DISERAHKAN SATU SALINAN KE IICOE.YURAN DIBAYAR KE AKAUN IICOE. |
| 3 | KELAS BERMULA | 15 APRIL 2026 |
12.MASTERY FAST TRACK.
Bagi golongan yang telah mahir membaca al AQuran, Mastery Fast Track ( MFT ) adalah laluan bagi mereka untuk menyertai sesi penilaian sahaja samada hafazan ataupun bacaan.Penilaian akan dibuat secara dalam Talian.( online )
14. KAEDAH PENILAIAN MASTERY
A ) Offline.
Calon akan ke Makkah bagi mengikuti program lanjutan dan sesi penialaian.
B ) Online.
Calon akan dinilai menerusi dalam talian ( online )
13. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat membantu melahirkan generasi AlQuran & huffaz yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Bersama kita menjadi pelopor dan jambatan kepada kecemerlangan dan pengiktirafan Al Quran diperingkat Antarabangsa ,khususnya dari Masjidil Haram.
Mudah Mudahan memberi manfaat kepada Masyarakat dan usaha ini peroleh keberkatan serta bantuan Allah Subhanahu wataala.
PROGRAM
Fast Track
Bagi golongan yang telah mahir membaca al AQuran, Mastery (Fast Track ) adalah laluan bagi mereka untuk menyertai sesi penilaian sahaja samada hafazan ataupun bacaan.Penilaian akan dibuat secara dalam Talian.( online )
SIJIL TAHFIZ ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH ) 1441H/2020M – ONLINE
Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram (STMH) ini adalah salah satu program yang terdapat di dalam Mastery sebagai satu peluang bagi para huffaz yang sedang atau telah tamat menghafaz Al Quran mendapatkan Sijil Khatam AlQuran dari Institusi antarabangsa.
Individu yang sedang atau telah menghafal 5 – 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak Masjidil Haram.
Ujian akan diadakan secara dalam talian.
Syarat – syarat umum penyertaan :
- Membuat pendaftaran
- Wajib mengikut Seminar/Webinar Mastery IICOE.
- Yuran Seminar/Webinar.
- Ingatan yang kuat.( setiap tahap kategori ).
- Telah menjalani latihan dan ujian menjawab soalan.
- Bersedia menjawab dari mana- mana bahagian ayat Al Quran.
- Tiada had umur.
Maklumat Ujian
| KAEDAH UJIAN | LISAN |
| JUMLAH SOALAN | 3 |
| KATEGORI ( PILIHAN ) | 5/10/20/30 JUZU’ |
| UJIAN PADA | Akan dimaklumkan |
Kategori Ujian
| TAHAP | JUZU’ |
| 1 | 1 – 5 |
| 2 | 1 – 10 |
| 3 | 1 – 20 |
| 4 | 1 – 30 |
Mengapa perlu memiliki Sijil Tahfiz AlQuran Masjidil Haram.
- Mendapatkan pengiktirafan hafazan dari Luar Negara( Antarabangsa ).
- Motivasi untuk menguatkan ingatan AlQuran.
- Dokumen sokongan melanjutkan pelajaran.
- Sokongan dari Institusi yang dikenali dunia.
PERHATIAN : UJIAN ADALAH PERCUMA ,CALON HANYA PERLU MEMBAYAR YURAN SEMINAR/WEBINAR SAHAJA.

Sesi Ujian Sijil Tahfiz AlQuran Masjidil Haram di Makkah AlMukarramah.



Sesi Ujian Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram ( Dalam Talian )

SIJIL TAHFIZ ALQURAN MASJIDIL HARAM
Mastery of Reading
(Halaqah)
Mastery of Memorizing
(Tahfiz)


